Laman Utama

Kepentingan Air
Bahaya Klorin
Asid dan Alkali
Petikan Berita
Sistem Penapisan
Kelebihan Nanocal
Apa Kata Pakar?
Hubungi

Website Utama

Oyster
Berita & Promosi
Blog

 

"Klorin adalah perosak dan pembunuh yang paling hebat pada zaman moden. Ia menghindar epidemik sesuatu penyakit tetapi mewujudkan penyakit lain juga.

 

Penyakit jantung, kanser, dan nyanyuk bermula selepas pengklorinan air minuman kita pada tahun 1904, dua abad yang lalu."

Dr. J.M. Price - Saginaw Hospital

APA ITU KLORIN?

 

Pembunuh bakteria dan mikrob-mikrob yang terdapat dalam air.

 

Digunakan hampir di seluruh dunia untuk merawat air minuman yang dibekalkan kerana kesannya untuk membunuh bakteria.

 

KEPENTINGAN KLORIN

Klorin berfungsi sebagai pembunuh bakteria dan mikrob-mikrob.

 

Masalah pencemaran telah mengakibatkan air mengandungi banyak bakteria dan mikrob-mikrob yang boleh menyebabkan banyak jenis penyakit seperti kolera.

 

Klorin yang dilarutkan dalam air seterusnya disalurkan kepada pengguna dengan kuantiti tertentu bertujuan untuk membunuh bakteria dan mikrob-mikrob penyebab penyakit.

 

Di Malaysia, lebih 90% daripada loji olahan air minuman menggunakan Sistem Disinfeksi (membasmi kuman) secara pengklorinan terhadap air mentah.

 

BAHAYA KLORIN

Walaupun klorin dapat membunuh sesetengah bakteria, tetapi penggunaannya juga memberi kesan kepada kesihatan manusia.

 

THM (trihalomethane) merupakan sebatian yang terhasil daripada klorin dan asid Humic (bahan reput, racun serangga) yang merupakan agen penyebab kanser (bahan karsinogen)

 

Kesan-kesan ini mungkin disebabkan oleh pengambilan secara berterusan atau penyerapan kulit. Contohnya apabila kita mencuci beras dengan air biasa, klorin yang terdapat dalam air akan meresapi ke dalam beras.

 

Hasil kajian menghubungkan produk sampingan klorin dan pengklorinan kepada kanser pundi kencing, hati, perut, rektum dan usus termasuklah:-

  • penyakit jantung

  • atherosclerosis (pengerasan salur darah)

  • anemia (kekurangan sel darah merah)

  • tekanan darah tinggi, dan

  • reaksi alahan

Terdapat juga bukti yang menunjukkan kesan kemusnahan klorin terhadap protein di dalam tubuh dan kesan buruk kepada kulit dan rambut.

 

Kehadiran klorin dalam air juga boleh menyebabkan pembentukan kloramin di dalam air yang boleh menyebabkan masalah rasa dan bau.


Gano Excel Entrepreneur, Disember 2006, ms26

 

FIKIRKAN!!!

Jika klorin dapat membunuh bakteria

dan

ikan dalam akuarium, apakah yang anda jangkakan

kesan klorin

ke atas sel-sel tubuh kita?


AIR PAIP

mengandungi

KLORIN

boleh menyebabkan

penyakit

Kanser Pundi Kencing

Hati

Perut

Rektum & Usus

di samping

Sakit Jantung

Atherisclerosis

Anemia

Tekanan Darah Tinggi

Reaksi Alahan

Kesan buruk terhadap kulit dan rambut


 

Asid Humic

+

Klorin

=

Trikloromethana (THM)

=

Bahan Karsinogen


"Risiko menghadapi kanser di kalangan orang yang minum air berklorin adalah 93% lebih tinggi daripada mereka yang minum air yang tidak mengandungi klorin."

 

U.S. Council of Environment Quality