Laman Utama

Kepentingan Air
Bahaya Klorin
Asid dan Alkali
Petikan Berita
Sistem Penapisan
Kelebihan Nanocal
Apa Kata Pakar?
Hubungi

Website Utama

Oyster
Berita & Promosi
Blog

 

HORMON AYAM DAGING UNDANG KOMPLIKASI

OLEH: Khairun Nizam Mohammad Yusoff

 

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Amaran kepada penggemar daging ayam. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan.

 

Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis 'ayam daging' akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.

 

Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.

 

"Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu," katanya.

 

Menurut Mohd Zulkefeli, kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun.

 

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya memastikan bahagian itu ketika membeli ayam daging di pasar.

 

Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit ayam kerana mengandungi kolesterol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada penyakit jantung.

 

Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Pakar tersebut yang enggan dikenali berkata, pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya.

 

"Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat."

 

"Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

 

Tambahnya, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein.

 

Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.

 

"satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini," ujarnya.

 


Sumber: Utusan Online, 30 Sept. 2006

 

Asid Propionik Dalam Roti 'Memakan Diri'

Majalah Harmoni

 

Hati-Hati Jaminan Kerajaan Roti Selamat Dimakan - CAP

Utusan Online

 

Groups Calls For Health Warning On Soft Drink Label would Cautions Consumers Link

To Health,

Weight Problems

REUTERS

 

Asia Food Scare : Monosodium Glutamate Linked To Risk of Blindness

Utusan Express