Laman Utama

Kepentingan Air
Bahaya Klorin
Asid dan Alkali
Petikan Berita
Sistem Penapisan
Kelebihan Nanocal
Apa Kata Pakar?
Hubungi

Website Utama

Oyster
Berita & Promosi
Blog

 

HATI-HATI JAMINAN KERAJAAN ROTI SELAMAT DIMAKAN - CAP

 

PULAU PINANG 25 Sept. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai lebih berhati-hati berhubung jaminan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan bahawa roti adalah selamat dimakan.

 

Katanya, walaupun Kementerian Kesihatan mengesahkan kajian terhadap 16 sampel roti baru-baru ini adalah selamat digunakan tetapi itu belum menjamin bahawa pengeluar roti akan menurunkan paras asid propionik dalam roti keluaran mereka.

 

Menurut CAP, beberapa jenis roti yang diujinya pada tahun 2005 dan 2006 mengandungi asid propionik melebihi paras yang dibenarkan iaitu 2,000 bps dan semua ujian tersebut dilakukan menggunakan kaedah ujian makmal yang diterima di peringkat antarabangsa.

 

"Jika Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa 16 sampel roti itu adalah selamat untuk di makan bukan bermakna roti yang dijual masa lalu dan masa akan datang selamat dimakan selagi pengeluar tidak mengambil berat tentang hal ini,' kata CAP dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

CAP berkata demikian bagi mengulas reaksi Kementerian Kesihatan melalui Setiausaha Parlimennya, Datuk Lee Kah Choon yang meminta persatuan pengguna itu menjelaskan kaedah-kaedah yang dipakai bagi menguji tahap asid propionik ke atas 46 sampel roti yang diuji.

 

Menurut Kementerian Kesihatan, kajian yang dilakukan oleh mereka mendapati kandungan bahan pengawet asid propionik dalam roti adalah menepati peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

 

Mengambil contoh penggunaan asid borik di dalam makanan, CAP berkata, setiap kali isu tersebut dibangkitkan, Kementerian Kesihatan akan cuba mengambil pendekatan meredakan kebimbangan pengguna dengan menyatakan ujian dilakukan oleh mereka mendapati tiada asid borik terkandung dalam makanan.

 

"Tetapi cuba lihat dalam tempoh 20 tahun lalu CAP mendapati asid borik yang digunakan masih sama dalam makanan dan pengeluar masih menggunakan bahan pengawet secara berlebihan kerana sedar mereka tidak akan didakwa," kata CAP lagi.

 

Sehubungan itu CAP menggesa Kementerian Kesihatan mengambil langkah segera untuk memastikan makanan yang berada di pasaran sentiasa mematuhi Peraturan Makanan.

 

CAP menambah, persatuan itu tidak terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ia bukanlah kali pertama kenyataan tersebut dikeluarkan dan dibalas oleh Kementerian Kesihatan yang menyatakan ujian dilakukan oleh mereka adalah keputusan sebaliknya.

 


Sumber: Utusan Online, 26 Sept. 2006

 

Asid Propionik Dalam Roti 'Memakan Diri'

Majalah Harmoni

 

Hormon Ayam Daging Undang Komplikasi

Utusan Online

 

Groups Calls For Health Warning On Soft Drink Label Would Cautions Consumers Link

To Health,

Weight Problems

REUTERS

 

Asia Food Scare : Monosodium Alutamate Linked To Risk of Blindness

Utusan Express