Laman Utama

Kepentingan Air
Bahaya Klorin
Asid dan Alkali
Petikan Berita
Sistem Penapisan
Kelebihan Nanocal
Apa Kata Pakar?
Hubungi

Website Utama

Oyster
Berita & Promosi
Blog

 

ASID PROPIONIK DALAM ROTI 'MEMAKAN DIRI'

Oleh : Hayatee Hamdan

ROTI sebagaimana yang diketahui menjadi makanan asas bagi sebahagian besar masyarakat Asia. Roti ada kalanya menggantikan fungsi nasi dan mi sebagai makanan asasi dan sumber kabohidrat utama. Sama ada dibakar, dimakan bersama jem atau kaya, mahupun dimakan begitu sahaja, roti begitu digemari oleh semua lapisan masyarakat tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak.

 

Namun, bagaimana agaknya jika didapati roti yang dimakan sejak sekian lama rupa-rupanya mengandungi bahan kimia tersembunyi yang berupaya memberikan kesan jangka panjang yang mungkin akan menjejaskan kesihatan dan mengundang implikasi buruk kepada diri si pemakannya sendiri.

 

Sekiranya ini benar berlaku, ia suatu yang menakutkan! Jika dahulu masyarakat didedahkan dengan isu penggunaan asid borik dalam pembuatan mi kuning, yang memberi risiko kanser perut kepada peminat abadinya. Kini, kesabaran penguna sekali lagi teruji dengan timbulnya satu lagi isu berkaitan penyalahgunaan bahan kimia dalam makanan. Bahan kimia yang dimaksudkan adalah asid propionik.

 

CIRI-CIRI ASID PROPIONIK

 

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), dikhuatiri sejumlah besar roti di Malaysia didapati mengandungi asid propionik yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan sesiapa yang memakannya.

 

Sebagai pengguna, anda mungkin terlalu kerdil bagi mengekang kegiatan tidak bertanggungjawab ini, namun sebagai pengguna juga anda sewajarnya mengetahui tentang pro dan kontra asid propionik sebelum ia 'memakan' diri anda sendiri.

 

Asid propionik atau nama lainnya 'ethanecarboxylic acid' tercetus daripada perkataan Greek, 'protos' yang bermaksud pertama dan 'pion' yang bererti lemak. Asid propionik secara kimianya, menunjukkan ciri-ciri umum asid carboxylic yang lain, asid propionik boleh membentuk campuran kimia dan klorida.

 

Selain itu ciri-ciri fizikalnya ditentukan oleh kedudukannya yang terletak di antara sifat asid carboxylic, asid formik, asid asetik dan asid berlemak yang lain.

 

Daripada aspek industrinya, asid propionik pada kebiasaannya diperbuat daripada proses pengoksidaan propionaldehyde. Kehadiran kobalt atau ion magnesium dalam tindakbalas ini akan mempercepatkan proses, meskipun pada suhu 40-50 darjah celcius. Secara fizikalnya, asid propionik tidak mengandungi warna. Ia merupakan cecair bersifat menghakis dengan rasa dan bau yang sangat tajam.

 

'KETAJAMAN' YANG BERMANFAAT'

 

Asid propionik, selain digunakan dalam pembuatan roti, ia turut digunakan dalam makanan yang dibakar dan keju serta dicampur dengan makanan bakar kering untuk mencegahnya daripada berkulat dalam bentuk lain seperti kalsium dan natrium propionat.

 

Fungsi utama asid propionik dalam roti adalah untuk mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria. Kebanyakkannya juga asid propionik digunakan sebagai bahan pengawet dalam pembungkusan makanan haiwan dan manusia.

 

Bagi makanan haiwan, ia sama ada digunakan secara terus atau sebagai garam ammonium. Manakala dalam makanan seperti roti, asid propionik digunakan sebagai kalsium dan garam kalsium.

 

Dalam ujikaji kimia pula asid propionik berguna sebagai medium mengubahsuai serat selulosa sintetik dan pembuatan racun serangga. Kadang kala asid yang mempunyai takat keasidan 4.88 ini juga digunakan sebagai bahan pelarut dan bahan perisa tiruan.

 

UNDANG PENYAKIT

 

Sebagai para pengguna, pengambilan asid propionik yang berlebihan akan mengundang kepada pelbagai penyakit. Antaranya, sakit kepala yang kronik misalnya migrain. Dalam jangka panjang juga ia dikhuatiri akan menyebabkan masalah tingkah laku luar biasa seperti gelisah, kurang daya tumpuan dan mengalami gangguan ketika waktu tidur terutama di kalangan kanak-kanak.

 

Gejala penyakit akibat penggunaan asid propionik yang berlebihan pernah dibuktikan menerusi kajian dalam tahun 2002 di Australia. Hasilnya, mendapati kalsium propionat mampu menimbulkan masalah tingkah laku yang luar biasa seperti resah, hilang tumpuan dan gangguan tidur.

 

Menurut Persatuan Makanan 1985, setiap kilogram roti yang dihasilkan tidak dibenarkan mengandungi lebih daripada 2,000 miligram kandungan asid propionik, natrium dan beberapa bahan kimia yang lain.

 


Sumber: Majalah Harmoni, Info Pengguna, ms. 57

 

Hati-Hati Jaminan Kerajaan Roti Selamat Dimakan - CAP

Utusan Online

 

Hormon Ayam Daging Undang Komplikasi

Utusan Online

 

Groups Calls For Health Warning On Soft Drink Label would Cautions Consumers Link

To Health,

Weight Problems

REUTERS

 

Asia Food Scare : Monosodium Glutamate Linked To Risk of Blindness

Utusan Express